1. KEMEROSOTAN MATA WANG DUNIA
Dolar Amerika Syarikat adalah lemah dari asas mahupun teknikal yang mana akan menurun secara dramatik pada tahun-tahun mendatang yang terdekat, Walau bagaimana, negara- negara lain yang tidak mengendahkan hal ini kerana nilai matawang negara mereka masih kekal atau meningkat tanpa dipengaruhi oleh kejatuhan nilai Dollar A.S. Namun , kita masih lagi berada di peringkat awal kemerosotan nilai mata wang dunia yang bakal berlaku secara meluas dan satu- satunya “ mata wang “ yang akan kekal dan terus meningkat nilainya ialah emas.
2. PELABUR YANG SEMAKIN TINGGI PERMINTAAN
Apabila orang ramai menyedari apa yang bakal berlaku (krisis ekonomi yang semakin menjadi realiti) mereka akan mencari alternatif lain sebagai aset simpanan mereka justeru meningkatkan kadar permintaan terhadap emas. Milikilah kedua-duanya, emas tulen secara fizikal dan memilih saham perlombongan emas.
3. KEMEROSOTAN KEWANGAN AMERIKA YANG MENAKUTKAN
Amerika Syarikat juga merupakan pelabur asing terbesar di Malaysia. Jadi apa- apa yang berlaku di Amerika Syarikat akan membawa kesan kepada Malaysia sendiri. Dan dalam masa dua tahun, ekonomi Amerika Syarikat akan terus merudum pada kadar yang menakutkan. Bujet surplus kerajaan persekutuan di sana telah menjadi defesit dan akan berlanjutan sejauh mata memandang (terlampau lama). Pada masa yang sama defesit akaun semasa telah mencapai satu tahap di mana, ianya pada tahap sama dengan kejutan mata wang hampir semua mata wang dalam sejarah.
4. KADAR FAEDAH NILAI MATAWANG SIMPANAN (USD) YANG NEGATIF
Dalam menangani keadaan masalah keadaan kewangan yang kian merosot di A.S , kadar faedah telah diturunkan ke tahap paling dasar yang mana kini kadar faedah yang nyata adalah negatif. Menurut penerangan yang di beri oleh wakil kerajaan persekutuan, keadaan ini akan dijangka akan berterusan untuk suatu jangka masa yang tertentu. Merujuk kepada sejarah pula, terdapat bukti kukuh bahawa kadar nilai faedah nyata yang negatif sememangnya mendatangkan kesan secara langsung kepada peningkatan nilai harga emas.
5. PENINGKATAN DRAMATIK PENAWARAN MATAWANG DUNIA
Pihak berwajib juga takut tentang deflasi kerana jumlah hutang yang terlampau banyak yang ada di Amerika Syarikat. Governor Fed (Federal Reserve, macam bank pusat untuk Amerika Syarikat). Ben Bernanke dilaporkan berkata Fed ada mesin pencetak yang dia akan gunakan untuk melawan deflasi jika ia perlu. Negara- negara lain juga akan mengikut jejak langkah Amerika Syarikat dan ini akan menyebabkan penawaran mata wang antarabangsa meningkat. Ini adalah keadaan yang amat mesra emas.
6. KEWUJUDAN JURANG YANG BESAR & SEMAKIN BESAR ANTARA PENAWARAN LOMBONG DENGAN PERMINTAAN TRADISIONAL
Emas yang diperolehi dari perlombongan dianggarkan sebanyak 2500 tan setahun manakala permintaan tradisional (barang kemas, pengguna industri dll.) pula telah jauh melebihi penawaran ini untuk beberapa tahun. Sebahagian dari perbezaan ini telah diisi dengan emas dan perak yang dikitar semula tetapi emas bank pusat merupakan bekalan terbesar untuk sumber penawaran emas yang telah dicari gali.
7. PEMBEKALAN LOMBONG DIANGGARKAN MENURUN DALAM MASA 3 HINGGA 4 TAHUN YANG TERDEKAT
Walaupun permintaan tradisional terus berleluasa akibat kelemahan ekonomi seluruh dunia yang berterusan, ramalan terjadinya ketidakseimbangan antara pembekalan dan permintaan ini adalah disebabkan oleh pengurangan bekalab lombong. Bekalan lombong bakal dikontrak dalam masa beberapa tahun terdekat.
8. “SHORT POSITION” YANG BESAR
Hedging ialah teknik untuk mengurangkan kerugian dengan mengambil sesuatu posisi dalam pasaran untuk mengurangkan atau mengimbangkan risiko dengan mengambil posisi yang berlawanan atau dalam pasaran lawan atau pelaburan. [Sila baca artikel hedge(finance) di dalam wikipedia untuk maklumat lanjut]. Kadar adalah rendah semakin rendah. Dengan kadar yang rendah, tidak cukup kuasa untuk mencipta harga yang tinggi setiap tahun. Jadi tidak banyak insentif untuk hedge dan pengeluar emas bukan sahaja tidak hedge mereka. jadi mengurangkan emas dalam pasaran.
9. KADAR BUNGA YANG RENDAH MENGURANGKAN MINAT UNTUK HEDGING
Kadar faedah terus merosot. Dengan kadar yang rendah, ternyata jelas emas tidak mendapat perlindungan nilai bagi tahun selanjutnya. Oleh itu, hanya sedikit sahajat insentif untuk perlindungan nilai dan pengeluar emas bukan sahaja tidak melindungai nilai, malah mereka mengurangkan lagi perlindungan nilai yang sedia ada justeru mnyingkirkan kedudukan emas dari pasaran.
10. PENINGKATAN HARGA EMAS & KADAR FAEDAH RENDAH TIDAK MENGALAKKAN SPEKULASI KEWANGAN.
Apabila harga emas jatuh berterusan dan spekulator kewangan boleh mengakses emas di bank Pusat pada kadar pajakan minuman (0.5-1 % setiap tahun), menjualkannya dan membuat pelaburan semula dalam suku atau Bil Perbendaharaan yang dianggap menjadikan pulangan lumayan. Semua yang melakukan ini telah menyebabkan banyak sektor kewangan terjejas, namun perdagangan ini tidak lagi berhasil kerana harga emas yang kian meningkat serta kadar faedah yang semakin merosot.
11. BANK- BANK PUSAT HAMPIR MENEMUI JALAN BUNTU UNTUK MEMBEKALKAN LEBIHAN EMAS KEPADA PASARAN
Bank-bank pusat telah membekalkan emas yang banyak menerusi mekanisme pajakan. Sementara itu, Bank pusat” Far Enstern” yang sedang mengumpul sejumlah besar Dollar A.S dikhabarkan bakal menjadi pembeli emas utama sebagai cara mempelbagaikan aset mereka.
12. POPULARITI EMAS YANG KIAN MENINGKAT
Emas diberi perhatian di mata dunia oleh negara- negara membangun utama seperti china, India, Rusia yang telah mula mengumpul emas, Malah negara China dengan 1.3 billion rakyatnya baru- baru ini telah menubuhkan Penukaran Emas negara dan mengawal aset ini dengan serba mudah. Permintaan negara China dijangka meningkat secara mendadak dan mungkin mencapai tahap 500 tan dalam masa beberapa tahun terdekat.
13. EMAS SEBAGAI WANG SEMAKIN DIYAKINI
Negara- negara Islam kini sedang menyelidik matawang yang berasaskan emas (Dinar Emas), manakala Perdana Menteri Argentina yang baru turut mencadangkan Peso berasaskan emas sebagai penawar bencana kewangan sepanjang kempen beliau. Dalam pada itu, pihak negara Rusia juga menbincangkan mengenai matawang yang mendapat penukaran nilai sepenuhnya dengan berasaskan emas.
14. PENINGKATAN KETEGANGAN GEOPOLITIK
Keadaan yang semakin melarat di Asia Barat, penduduk U.S di Iraq, cita- cita nuklear korea Utara dan konflik semakin besar antara Amerika Syarikat dan China kerana China tidak membenarkan mata wangnya meningkat berbanding dolar akan menjadi sebahagian isu antarabangsa yang boleh meletup bila-bila masa sahaja. Orang awam yang takut tentang duit mereka selalunya akan menalihkan tumpuan mereka ke arah emas.
15. SAIZ PASARAN EMAS YANG TERHAD MEMBERI PENGARUH BESAR
Semua emas yang wujud sekarangcbernilai lebih kurang $1 trillion US Dollar manakala semua syarikat berkaitan emasyang ada di dunia ini bernilai kurang daripada $100 Billion US Dollar. Apabila asasnya amat kukuh, keadaan ini akan menggalakkan aliran masuk mata wang emas kepada ekuiti emas, dan wang kertas bernilai trillion dollar boleh membawa kedua-duanya ke tahap tinggi yang di luar jangkaan sesiapa atau mana-mana pihak.
No comments:
Post a Comment