Profil Syarikat


Kelantan Gold – Satu nama yang jelas menyatakan asal usulnya yang penuh dengan keunikan dan identiti sendiri. Sejak sekian lama rakyat Kelantan mempelopori dan mendahului zaman dalam memiliki dan menyimpan emas yang mana secara tidak langsung menjadi satu adat yang diwarisi turun-temurun.

Warisan keemasan ini terus berkembang meniti arus perkembangan zaman sehingga menjadi satu trend alternatif pelaburan masa kini. Kami tampil mengenegahkan satu nama yang cukup sinonim dengan negeri Kelantan – “Kelantan Gold” jenama terunggul yang mewakili barisan produk kebanggaan jualan syarikat kami.

Siapakah di belakang Kelantan Gold?

Kelantan Gold sebenarnya merupakan satu brand produk emas pelaburan dan perhiasan yang diterahui oleh 2 syarikat yang pakar dalam bidang masing-masing. Dua syarikat tersebut adalah syarikat Sri Ayu Fine Gold Sdn. Bhd. dan  syarikat Paradise Fine Gold Sdn. Bhd. Sri Ayu pakar dalam bidang pengeluaran, pembekalan dan perniagaan emas perhiasan, manakala Pradise pula sebuah syarikat  yang diterajui oleh mereka yang pakar dalam bidang pemasaran dan juga pengurusan sistem agensi.

Gabungan kedua syarikat Bumiputra Muslim yang cukup berpengalaman ini memberikan keyakinan yang tinggi untuk membawa brand Kelantan Gold meneraju pengeluaran dan pembekalan emas perhiasan dan emas pelaburan.

Visi dan Misi

Visi kami dalam perniagaan ini bertujuan meningkatkan ekonomi melalui simpanan emas dengan menawarkan harga jualan emas pada kadar yang paling kompetitif di pasaran tempatan dan antarabangsa.

Matlamat utama Kelantan Gold ialah menyediakan platform terbaik kepada pelabur dan pengedar memaksimumkan pulangan dan keuntungan menerusi simpanan mahupun perniagaan. Dengan itu, kami mengamalkan konsep perniagaan berdasarkan rangkaian yang mana kini anda juga berpeluang memiliki emas pada harga borong.

“Syurga Keemasan yang Menjadikan Impian Keemasan Anda
Satu Kenyataan”



Lokasi Ibu Pejabat Operasi

Kedua-dua syarikat Sri Ayu Fine Gold Sdn. Bhd. dan Paradise Fine Gold Sdn. Bhd. berpusat operasinya di Kota Bharu. Masing-masing memfokuskan bidang kepakaran masing-masing. Di mana Sri Ayu beroperasi di Jalan Temenggong, Kota Bharu (HQ) & Paradise pula beroperasi di Jalan Yahya Petra, Wisma Gemilang, Kota Bharu (HQ).

Alamat HQ Sri Ayu Fine Gold Sdn. Bhd.
No. 349-J, Jalan Temenggong,
15000 Kota Bharu, Kelantan.
Tel: 09-743 8508

Alamat HQ Paradise Fine Gold Sdn. Bhd.
Lot 339, Tingkat 2, Jalan Sultan Yahya Petra,
Wisma Gemilang, 15200 Kota Bharu, Kelantan.
Telefon: 09-744 8508
Faks : 09- 748 8508

No comments:

Post a Comment