Zakat
ZAKAT EMAS
Zakat merupakan kewajipan dan salah satu dari rukun Islam yang lima. Wajibnya zakat emas ke atas setiap orang Islam keseluruhannya setelah cukup beberapa syarat wajib zakat yang ditetapkan terhadap emas simpanan yang dimiliki.
Zakat itu wajib hukumnya. Dengan berzakat ia boleh turut membantu golongan-golongan yang memerlukan bantuan yang terdiri daripada asnaf yang lapan.
Firman Allah swt dalam surah at Taubah ayat 60 bermaksud: “Sesungguhnya sedekah-sedekah (zakat) itu hanya untuk orang-orang fakir dan orang-orang miskin dan amil-amil dan muallaf yang dijinakkan hati-hati mereka dan hamba-hamba yang hendak memerdekakan dan orang-orang berhutang dan untuk (dibelanjakan pada) jalan Allah dan orang-orang musafir (yang keputusan) dalam perjalanan”.
Antara 8 golongan yang bberhak menerima zakat;
Fakir
Miskin
Amil
Muallaf
Riqab
Gharimin
Fisabillillah
Ibnus Sabil
Emas adalah salah satu dari jenis-jenis logam yang diwajibkan dikeluarkan zakat. Kewajipan zakat emas dapat difahami dari firman Allah SWT yang bermaksud:
“Dan mereka yang menyimpan emas dan perak dan tidak membelanjakannya pada jalan Allah (mengeluarkan zakat) maka khabarkanlah kepada mereka dengan azab yang pedih, pada hari emas dan perak dibakar di dalam neraka jahanam lalu diselar dengannya dahi dan rusuk mereka dan belakang mereka seraya dikatakan kepada mereka inilah harta yang kamu simpan selama ini buat dirimu, maka rasailah balasan apa yang kamu simpan dahulu”. (At-Taubah; 34-35)
CARA PENGIRAAN ZAKAT EMAS
Zakat Emas dikira dalam dua keadaan:-
1. Emas yang tidak dipakai (disimpan)
Emas yang tidak digunakan atau dipakai walaupun sekali dalam tempoh setahun. Jika nilai emas tersebut menyamai atau melebihi 85gram (nisab), maka wajib dikeluarkan zakat sebanyak 2.5%.
Contoh:
2.5% x nilai emas yang disimpan (jika melebihi nisab)
Contoh : RM6,000 x 2.5%
Jumlah zakat = RM 150
2. Emas yang dipakai
Emas yang dipakai (sebagai perhiasan) walaupun sekali dalam tempoh setahun tidak wajib dikeluarkan zakat ke atasnya. Tetapi jika ianya melebihi ‘uruf’ (nilai kebiasaan pemakaian masyarakat setempat), maka ia diwajibkan zakat dengan kadar 2.5% atas lebihan dari nilai uruf.
Nilai yang diambilkira adalah nilai semasa emas sahaja iaitu tidak termasuk batu permata.
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan menetapkan kadar uruf:-
150 gram emas.
Contoh:
Berat Emas yang dipakai = 250 gram
Uruf Emas = 150 gram
Berat Emas yang layak dizakat = 250 gram – 150 gram = 100gram
Zakat yang wajib dibayar = 2.5% x (100 gram x harga semasa)
= 2.5% x (100 gram x RM 77.16)
= RM 192.9
* Jika emas berada di pajak gadai,tidak dikenakan zakat kerana bukan hak milik sempurna.
KALKULATOR PENGIRAAN ZAKAT
http://www.e-zakat.com.my/kalkulator-zakat/zakat-emas-perak/
KREDIT: http://kelantangold.my
Subscribe to:
Posts (Atom)
No comments:
Post a Comment