Saban hari kita membaca atau mendengar berita tentang ekonomi dunia yang tidak menentu. Sekejap bagus. Sekejap tak bagus. Semua orang tahu. Apabila tidak bagus, nilai matawang yang wujud di dunia ini dengan senang jatuh.
Anda boleh rasa kesannya apabila anda mengeluarkan duit untuk berbelanja barangan dapur. Secara kasar, cuba anda bandingkan nilai RM 50 bagi tahun 2000 dan 2012 apabila dibelanjakan di pasar :
Nilai RM 50 tahun 2000 VS tahun 2012
------------------------------------------------------------------------------------------------------
Apakah pendapat anda selepas melihat jadual di atas?
Pada tahun 2000, hanya dengan sekeping RM 50 anda mampu membeli sekampit beras, 2 kilo ayam, sekilo daging dan masih menyimpan baki sebanyak RM 17. Melalui duit baki itu, anda boleh gunakan untuk membeli barangan yang lainApabila masuk ke tahun 2012, sekeping RM 50 sudah tidak cukup untuk membeli ketiga-tiga barang yang ditunjukkan. Ternyata, nilai RM 50 pada tahun 2000 dengan tahun 2012 amat jauh berbeza. Tetapi..
Mengapa Nilai Matawang Semakin Susut?
Jawapannya cukup mudah..Kuasa matawang dunia iaitu US Dollar semakin lemah pengukuhannya. Anda tak perlu ‘study’ untuk fikirkan bagaimana hal ini boleh terjadi. Ini kerana, ianya adalah ilmu ekonomi yang kompleks untuk dihuraikan.
Sudah memadai anda tahu, nilai matawang jatuh apabila kuasa besar ekonomi dunia berada dalam keadaan tidak kukuh di pasaran.
Tambahan pula, nilai matawang semakin sukar dikawal apabila terdapat sesebuah kerajaan mencetak wang tanpa memikirkan kesan buruk seperti inflasi dan hyperinflasi.
Akibatnya..
Harga 3 biji telur ayam di sebuah negara Afrika mencapai nilai 100 BILLION!Sedangkan, pada satu ketika dahulu, 100 BILLION cukup besar nilainya dan membolehkan seseorang itu memegang gelaran jutawan walau di mana-mana negara sekalipun.
Mungkin, keadaan ini boleh menjadi lebih parah..
Krisis Ketidakstabilan Dunia!
Dengan berlakunya perang, bencana alam dan kejadian-kejadian lain yang tiada kesudahan, dijangkakan nilai matawang akan terus jatuh. Dan semakin banyak negara yang bakal jatuh miskin seterusnya MUFLISMalah, masalah kewangan yang anda hadapi boleh menjadi lebih parah dan meruncing!
Walhal, anda perlukan wang untuk..
- Simpanan di hari tua – Usia anda makin lanjut. Bukan makin muda. Jadi, untuk menjamin masa tua anda nanti, anda perlu membuat simpanan. Tetapi, disebabkan anda mempunyai hutang. Anda gunakan duit simpanan untuk membayar hutang. Lama-kelamaan, duit simpanan anda semakin susut. Disebabkan duit simpanan anda hampir habis, anda join pula skim cepat kaya. Hasilnya anda muflis!
- Beli hartanah – Anda memang perlukan duit untuk beli hartanah. Sekurang-kurangnya, anda harus sediakan RM 5000 untuk bayar deposit hartanah. Walaubagaimanapun, impian anda untuk memiliki hartanah tak kan tercapai. Sebabnya, anda tak ada duit simpanan. Tambah-tambah anda mempunyai banyak hutang. Buat loan untuk beli hartanah? Bermaksud hutang anda semakin bertambah!
- Belanja kahwin – Perbelanjaan kahwin sekarang ni makin mahal. Nak memetik bunga di taman, sekurang-kurangnya anda kena siapkan 20K. Barulah anda senang duduk. Kalau tak, jangan mimpi anda dapat kahwin dengan gadis pilihan. Tapi, jika duit anda cukup, anda nak buat majlis kahwin yang gilang gemilang pun boleh!
Dan.. Terdapat banyak lagi keadaan yang memerlukan anda menggunakan wang. Tetapi, anda tidak perlu bimbang..
Ini kerana, dijangkakan harga emas akan melonjak kepada tahap yang lebih tinggi tidak lama lagi. Lihat trend harga emas yang dibentuk pada 10 tahun yang lalu dari tahun 2003-2011 :
Graf harga emas dari tahun 2003-2011 yang terus meningkat
Mungkin anda masih lagi tertanya-tanya, mengapa harga emas cukup kukuh dan terus meningkat walaupun ekonomi dunia tidak menentu.
Harus diingatkan..
Emas bukan seperti wang yang cukup mudah untuk dihasilkan dengan menggunakan mesin cetak. Sumbernya adalah dari lombong emas yang tidak boleh dicipta oleh manusia. Ini menjadikan emas berada dalam kelasnya yang tersendiri dan hanya dikeluarkan pada kuantiti yang sangat terhad.
Sebab itulah apabila brand berjenama seperti Bonia mengeluarkan beg tangan dengan jumlah yang terhad (contoh 10 unit). Harganya menjadi luarbiasa mahal dan sukar untuk dimiliki.
Situasi ini sama jugalah macam wang dan emas. Wang boleh dicetak tanpa had menjadikan nilainya semakin murah. Manakala emas dikeluarkan pada kuantiti yang terhad menjadikan nilainya semakin mahal.
Jadi, emas semakin mahal kerana sifatnya yang TERHAD!
Sudah Tiba Masanya Untuk Anda Lakukan Perubahan! Jika anda bijak dan tidak mahu terhimpit dengan masalah kewangan di masa hadapan, anda seharusnya menyimpan emas dengan memilih..
Kelantan Gold
kredit: www.kelantangold.biz
No comments:
Post a Comment