Friday, July 13, 2012

Adakah Saya Perlu Membeli Emas..?


Empat Kategori Utama Pembeli Emas


1. Untuk Tujuan Simpanan
2. Untuk Tujuan "Wealth Protection"
3. Untuk Tujuan Pelaburan
4. Untuk Tujuan Memaksimakan Aset


Huraian bagi tujuan simpanan

Contoh terbaik untuk membantu anda tentang kepentingan emas adalah memberi perbandingan antara ASB & Tabung Haji dengan simpanan emas fizikal.

Kenapa nak simpan dalam ASB? Sebab nak dapat memaksimakan simpanan wang kita. Kenapa nak simpan dalam tabung haji? Sebab nak buat simpanan untuk pergi menunaikan fardhu haji.

Tahukah anda dengan menukarkan wang kertas anda ke dalam bentuk emas ada dua senario akan terjadi:

  1. Simpanan dalam bentuk emas fizikal lebih menguntungkan. Mengikut perkiraan sekurang-kurangnya 3 kali ganda lebih menguntungkan dari ASB. Tak percaya?
  2. Simpanan untuk menunaikan fardhu haji akan mencukupi dengan lebih cepat..  Mengikut perhitungan saya kalau anda simpan 80 gram emas sekarang, insya allah anda akan dapat pergi menunaikan haji dalam tempoh 3 tahun lagi.
Sila lihat jadual di bawah.


Katakan anda ada anak berusia 1 tahun dan nak buat tabungan menggunakan cash RM3,500 bagi tujuan pelajarannya untuk masuk ke universiti 17 tahun kemudian. Rasa-rasanya cukup ke tak cash RM3,500 + (dividen selepas 17 tahun) bagi tujuan tersebut.

Bagaimana pula jika anda menukarkan RM3,500  itu ke dalam bentuk emas (sekarang dapat la lepas emas 20 gram), rasa-rasanya dalam tempoh 17 tahun akan datang berapa nilai emas tersebut? Cukup ke tak? Tepuk dada tanya selera.

Huraian Wealth Protection

Tuan-tuan dan Puan-puan, jangan anda tersilap fikir dengan menyimpan wang anda dalam simpanan bank, wang anda akan selamat. Walaupun anda menyimpan wang anda menggunakan 20 lapis peti besi pun wang anda still dapat di curi. Nama pencuri ini adalah INFLASI!

Peti besi begini sesuai untuk simpan emas bukannya wang kertas


Untuk pembeli emas kategori ini, mereka tidak peduli tentang berapa percent/peratus kenaikan harga emas setiap tahun. Yang paling penting bagi mereka adalah kekayan mereka tidak susut atau berkurangan disebabkan oleh kenaikan INFLASI.

Kenapa pengetahuan INFLASI ni penting? Ok saya beri contoh terbaikkkkk.. Harga minyak! Harga gula! Tarif Elektrik! Semua harga barangan semakin naik mengakibatkan kuasa beli kita semakin susut. 40 tahun yang lepas harga nasi lemak RM0.05 sen sekarang RM2.00. Adakah saiz telur, kuantiti nasi lemak dan sambal semakin banyak? Rasanya tidak...

Huraian Bagi Tujuan Pelaburan

Di Malaysia, apakah pelaburan yang guaranteed @ memberi jaminan keuntungan lebih daripada 15% setiap tahun? Jawapannya TIADA. Kalau ada pun dah berapa puluh tahun ia beroperasi? Starting je gempak, after few years performance biasa-biasa aja because its still in form of paper money right?

Saya nak nak jadi Fund Manager dalam pelaburan yang saya sendiri lakukan!. Maksud saya di sini adalah segala keuntungan, bila nak withdraw untuk dapat keuntungan dan semuanya anda sendiri yang control ditentukan oleh anda sendiri dan bukannya 'Fund Manager'.

Bagi saya sendiri saya ingin pelaburan yang saya buat adalah dalam pengetahuan saya (turun naik harga emas), tempoh saya nak menyimpan ditentukan oleh saya sendiri, berapa percent (%) keuntungan saya sendiri yang decide dan umumkan. Bukannya mengharapkan orang lain yang pegang wang saya dan belum tentu lagi click nya membawa keuntungan. Kalau untung ok, kalau rugi? Sendiri berputih mata

Contoh terbaik adalah kejadian tsunami di Jepun yang lepas. Ramai orang yang mempunyai saham mengalami kerugian teruk! Dalam kes saya, walaupun ekonomi merudum teruk emas fizikal selamat di bawah jagaan saya. Harga turun ka naik, berat emas saya tetap begitu tak terusik dan tak terjejas. Sekarang harga emas dah melonjak lebih tinggi. Bagaimana pula dengan pelaburan yang lain? Anda sendiri pergi siasat dan tanya.


Pernah dengar tauke emas bankrap? Tak pernah kan!!

Huraian Bagi Tujuan Memaksimakan Aset

Emas adalah satu-satunya aset yang paling mudah dicairkan ke dalam bentuk wang ringgit berbanding dengan aset lain seperti tanah, rumah, bon dan sebagainya. Anda pergi agrobank bawa jongkong emas tak sampai 15 minit anda dapat menggunakan Ar-Rahnu untuk menukarkan emas tadi ke dalam bentuk wang ringgit. (Pajak Gadai).

Kalau aset lain at least memakan masa berapa lama? Seminggu, 2-3 minggu?? Contoh terbaik adalah perbelanjaan Hari Raya Aidilfitri.. Tak semua orang dapat bonus sempena perayaan ini kan? Ada yang terpaksa mengorek simpanan mereka untuk membeli keperluan Hari Raya ini malah ada yang sanggup berhutang. Tahukah anda jika ada emas di tangan, anda akan dapat solve problem ini!

Katakanlah anda memerlukan RM5,000 setiap tahun untuk tujuan sambutan perayaan (baju raya sefamili, kuih-muih, daging, ayam, satay, kek lapis sarawak, langsir bla bla)... tak habis list.. Masalah ini akan selesai kalau anda ada emas seberat 50 gram atau 20 gram (ikut kesesuaian bajet anda), pergi Agrobank dan buat pajakan maksima sebanyak 65%.

Settle perbelanjaan raya anda.. Emas 50 gram dalam pajakan tu nak settle mcm mana? Di sini anda ada masa selama 11 bulan untuk tebus balik emas tersebut (perlu dalam RM500 sebulan).. Rugi ke tak? OO kak oi, mana ada rugi.. Dalam tempoh tersebut harga emas itu turut mengalami KENAIKAN & selepas tebus dapat lagi digunakan untuk perayaan tahun seterusnya dan seterusnya! =)

Best kan emas? So, anda di dalam kategori yang mana satu?



Thursday, July 12, 2012

Nilai Matawang Menyusut, Nilai Emas Semakin Tinggi!


Saban hari kita membaca atau mendengar berita tentang ekonomi dunia yang tidak menentu. Sekejap bagus. Sekejap tak bagus. Semua orang tahu. Apabila tidak bagus, nilai matawang yang wujud di dunia ini dengan senang jatuh.

Anda boleh rasa kesannya apabila anda mengeluarkan duit untuk berbelanja barangan dapur. Secara kasar, cuba anda bandingkan nilai RM 50 bagi tahun 2000 dan 2012 apabila dibelanjakan di pasar :



Nilai RM 50 tahun 2000 VS tahun 2012

------------------------------------------------------------------------------------------------------

Apakah pendapat anda selepas melihat jadual di atas?

Pada tahun 2000, hanya dengan sekeping RM 50 anda mampu membeli sekampit beras, 2 kilo ayam, sekilo daging dan masih menyimpan baki sebanyak RM 17. Melalui duit baki itu, anda boleh gunakan untuk membeli barangan yang lain
Apabila masuk ke tahun 2012, sekeping RM 50 sudah tidak cukup untuk membeli ketiga-tiga barang yang ditunjukkan. Ternyata, nilai RM 50 pada tahun 2000 dengan tahun 2012 amat jauh berbeza. Tetapi..

Mengapa Nilai Matawang Semakin Susut?

Jawapannya cukup mudah..
Kuasa matawang dunia iaitu US Dollar semakin lemah pengukuhannya. Anda tak perlu ‘study’ untuk fikirkan bagaimana hal ini boleh terjadi. Ini kerana, ianya adalah ilmu ekonomi yang kompleks untuk dihuraikan.

Sudah memadai anda tahu, nilai matawang jatuh apabila kuasa besar ekonomi dunia berada dalam keadaan tidak kukuh di pasaran.

Tambahan pula, nilai matawang semakin sukar dikawal apabila terdapat sesebuah kerajaan mencetak wang tanpa memikirkan kesan buruk seperti inflasi dan hyperinflasi.

Akibatnya..

Harga 3 biji telur ayam di sebuah negara Afrika mencapai nilai 100 BILLION!


Sedangkan, pada satu ketika dahulu, 100 BILLION cukup besar nilainya dan membolehkan seseorang itu memegang gelaran jutawan walau di mana-mana negara sekalipun.

Mungkin, keadaan ini boleh menjadi lebih parah..

Krisis Ketidakstabilan Dunia!

Dengan berlakunya perang, bencana alam dan kejadian-kejadian lain yang tiada kesudahan, dijangkakan nilai matawang akan terus jatuh. Dan semakin banyak negara yang bakal jatuh miskin seterusnya MUFLIS

Malah, masalah kewangan yang anda hadapi boleh menjadi lebih parah dan meruncing!
Walhal, anda perlukan wang untuk..
  • Simpanan di hari tua – Usia anda makin lanjut. Bukan makin muda. Jadi, untuk menjamin masa tua anda nanti, anda perlu membuat simpanan. Tetapi, disebabkan anda mempunyai hutang. Anda gunakan duit simpanan untuk membayar hutang. Lama-kelamaan, duit simpanan anda semakin susut. Disebabkan duit simpanan anda hampir habis, anda join pula skim cepat kaya. Hasilnya anda muflis! 
  • Beli hartanah – Anda memang perlukan duit untuk beli hartanah. Sekurang-kurangnya, anda harus sediakan RM 5000 untuk bayar deposit hartanah. Walaubagaimanapun, impian anda untuk memiliki hartanah tak kan tercapai. Sebabnya, anda tak ada duit simpanan. Tambah-tambah anda mempunyai banyak hutang. Buat loan untuk beli hartanah? Bermaksud hutang anda semakin bertambah!
  • Belanja kahwin – Perbelanjaan kahwin sekarang ni makin mahal. Nak memetik bunga di taman, sekurang-kurangnya anda kena siapkan 20K. Barulah anda senang duduk. Kalau tak, jangan mimpi anda dapat kahwin dengan gadis pilihan. Tapi, jika duit anda cukup, anda nak buat majlis kahwin yang gilang gemilang pun boleh!


Dan.. Terdapat banyak lagi keadaan yang memerlukan anda menggunakan wang. Tetapi, anda tidak perlu bimbang..

Ini kerana, dijangkakan harga emas akan melonjak kepada tahap yang lebih tinggi tidak lama lagi. Lihat trend harga emas yang dibentuk pada 10 tahun yang lalu dari tahun 2003-2011 :


Graf harga emas dari tahun 2003-2011 yang terus meningkat

Mungkin anda masih lagi tertanya-tanya, mengapa harga emas cukup kukuh dan terus meningkat walaupun ekonomi dunia tidak menentu.

Harus diingatkan..

Emas bukan seperti wang yang cukup mudah untuk dihasilkan dengan menggunakan mesin cetak. Sumbernya adalah dari lombong emas yang tidak boleh dicipta oleh manusia. Ini menjadikan emas berada dalam kelasnya yang tersendiri dan hanya dikeluarkan pada kuantiti yang sangat terhad.

Sebab itulah apabila brand berjenama seperti Bonia mengeluarkan beg tangan dengan  jumlah yang terhad (contoh 10 unit). Harganya menjadi luarbiasa mahal dan sukar untuk dimiliki.

Situasi ini sama jugalah macam wang dan emas. Wang boleh dicetak tanpa had menjadikan nilainya semakin murah. Manakala emas dikeluarkan pada kuantiti yang terhad menjadikan nilainya semakin mahal.

Jadi, emas semakin mahal kerana sifatnya yang TERHAD!

Sudah Tiba Masanya Untuk Anda Lakukan Perubahan! Jika anda bijak dan tidak mahu terhimpit dengan masalah kewangan di masa hadapan, anda seharusnya menyimpan emas dengan memilih..

Kelantan Gold







Wang atau EMAS

FAKTA : Nilai Matawang Semakin Susut Tetapi Nilai EMAS Semakin LEBAT!



Wang VS Emas
---------------------------------------------------
Anda tersangat rugi kerana mengabaikan emas dan terus menyimpan wang dengan membuat pelaburan di bank, ASB, insuran, saham dan lain-lain!
---------------------------------------------------
...Perhatikan...



Dan terdapat banyak lagi kelebihan emas berbanding wang. Jadi, mengapa simpan wang sedangkan simpan emas lebih menguntungkan..!

kredit: www.kelantangold.biz

Tuesday, June 5, 2012

Antara 10 sen dan 1 Dinar…


Sebagai pembuka bicara boleh saya tanya, apa beza pada pandangan sahabat pembaca semua antara seposen (sepuluh sen) dan satu Dinar? Mengikut cerita mak ayah saya dan juga fakta sejarah, 10 sen dan 1 dinar sungguh jauh bezanya. Kalau dahulunya sekitar tahun 60-an, dengan seposen saja banyak makanan dapat dibeli dan mampu kenyang dengan berbekalkan 10 sen sahaja. Namun apa keadaanya pada tahun 2012? dengan nilai seposen, apa yang dapat kita beli? Rasanya nak beli gula-gula pun tak lebih 2 biji yang dapat!

Demikianlah situasi yang berlaku pada wang iaitu medium ciptaan manusia yang hanya dalam masa yang singkat nilainya sungguh jauh berbeza. Dengan jarak hanya 50-60 tahun sahaja nilainya menjunam dan terus menjunam!

Sebaliknya jika satu Dinar, dari zaman Rasulullah SAW lagi nilainya tetap sama sampai sekarang. Jika lebih 1000 tahun dahulu dengan satu Dinar dapat beli seekor kambing, dan sekarang satu Dinar tetap dengan nilai seekor kambing! Anda tidak percaya? Cuba survey harga seekor kambing dan nilai sekeping satu Dinar.

Apa hasilnya? boleh kan beli seekor kambing dengan menjual sekeping dinar yang harganya melebihi RM700. Malah ada juga beberapa tokei atau penjual kambing menerima sekeping dinar sebagai medium pertukaran mengantikan wang ringgit dengan seekor kambing!

Alhamdulilah roh muamalat Islam yang diamalkan pada zaman kegemilangan pentadbiran Islam di bawah pentadbir yang agung dan terunggul Rasulullah SAW kembali menyinar dalam masyarakat sekarang. Situasi sekarang masyarakat dunia disogokkan dengan sistem kewangan yang sungguh rapuh serta tidak stabil, malah ianga mendatang banyak masalah dalam sistem ekonomi dunia secara keseluruhannya.

Saya amat yakin penggunaan logam mulia emas dan perak dalam kehidupan amatlah penting! Aura keberkatan pasti akan turun merangsang dan memberi manafaat yang hebat dalam kehidupan mereka yang mengamalkan dan menyebarkan Sunnah Rasullulah SAW. Sunnah itulah gaya hidup sebenar ummat Islam keseluruhannya jika ingin berjaya di dunia dan juga di alam sana, insyaAllah…

Yakinlah setiap apa yang disampaikan oleh Rasulullah SAW amat besar manafaatnya. Saranan baginda memiliki emas (dinar) dan perak (dirham) perlu diberikan perhatian dan diamalkan dalam kehidupan demi keselamatan dan maslahat manusia keseluruhannya. Sepertimana sabda Rasulullah SAW dalam sebuah hadith yang dipetik dari Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal yang bermaksud “Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar dan dirham (untuk digunakan)”.

Sebuah lagi hadith yang menekankan peri pentingnya emas dan perak dalam kehidupan ummat Islam, sebagaimana sabda Nabi SAW dalam sebuah hadith baginda SAW yang diriwayatkan oleh Imam at-Tabrani yang bermaksud “Ketika akhir zaman, manusia harus memilki dirham dan dinar, (dengannya) seseorang menegakkan agama dan dunianya”. Subhaanallah!

Sesungguhnya juga emas dan perak telah disebut-sebut dalam Kitab Suci Al-Quraan berkali-kali antaranya dalam surah Kaffi ayat 31 yang bermaksud, “Mereka itu, disediakan baginya Syurga yang kekal, yang mengalir dibawahnya beberapa sungai mereka dihiaskan di dalamnya dengan gelang-gelang tangan emas, dan memakai pakaian hijau dari sutera yang nipis dan sutera tebal yang bersulam mereka berehat di dalamnya dengan berteleku di atas pelamin-pelamin (yang berhias).

Akhir sekali menutup kalam yang ringkas ini, saya dengan rendah hati menyeru kepada semua sahabat dan saudara seagama agar kita bersungguh-sungguh menghidupkan sunnah Rasulullah SAW dalam setiap ruang masa yang ada bagi mengurus kehidupan agar diberkati dan diredhaiNya, amiin. Sesungguhnya gaya hidup yang jauh dari sunnah baginda pasti berdepan dengan masalah dan membantut usaha memburu kejayaan dan kecemerlangan. Wallaahua’lam bissowab.

Al-Faqir Ilallah,

Zainal Rashid Bin Isa.

Kredit : http://kelantangold.my